Tuesday, 10 May 2011

Telefon yang paling lasak

Land Rover S1 ialah nama telefon yang paling lasak di dunia. Telefon ni dapat bertahan setelah dijatuhkan dari bangunan 3 tingkat, dipanas sehingga 220 darjah celcius, ditanam di dalam 3 tan lumpur, direndam dalam air alkohol dan dilanggar oleh kereta dan masih dapat bertahan.





Setiap tajim 700 juta dibelanjakan untuk menggantikan telefon bimbit yang rosak dan tak berfungsi. Land Rover dengan kerjasama Sonim Technologies telah berjaya mencipta sebuah telefon yang tahan lasak. Bukan itu saja, walaupun telefon ini sudah terbukti tahan lasak, ia masih diberi warranty selama 3 tahun.




Selain dari kelebihannya yang tahan lasak, telefon ni mempunyai kamera 2 Mega pixel, GPS, lampu, slot memori kad, FM radio, speaker dan bateri boleh bertahan 1500 jam.


Telefon ni diperbuat daripada bahan kimia yang kuat dan tahan lasak. plastik cover diperbuat daripada polimer. Butang telefon telah diuji sebanyak 2juta kali tapi masih berfungsi dengan baik.

Produk telefon terbaik di dunia.. tak payah tukar telefon lagi.

No comments:

Post a Comment

You might also like