Monday, 23 May 2011
Fakta menarik mengenai tandas
Setiap tandas awam mempunyai lebih kurang 40,000 bakteria bagi setiap inci persegi. Jadi pastikan anda menggunakan sabun antibakteria untuk membunuh 95% bakteria tersebut!
Purata normal manusia masuk ke tandas ialah 2500 kali setiap tahun atau 6 hingga 8 kali sehari. Dan jika dihitung, kita hidup di dalam tandas sekurang-kurangnya 3 tahun dalam sepanjang hidup kita.
7 juta telefon bimbit telah terjatuh di dalam lubang tandas setiap tahun. Antara barang lain yang dimasukkan ke dalam lubang tandas ialah ikan, gig palsu, stokin, seluar dalam, bra, baju, kasut, tikus, hamster, kereta mainan, action figures, patung Barbie, berus gigi dan satu gulung tisu tandas.
Tandas menggunakan lebih banyak air berbanding peralatan rumah yang lain. Setiap hari, manusia flush sekurang-kurangnya 20 gelen air.
Mengikut kajian, ais mempunyai 70% lebih banyak bakteria berbanding air tandas.
Mengikut satu tinjauan, 1 daripada 5 orang buang air kecil di dalam kolam mandi, di mana boleh menyebabkan masalah keradangan kulit dan telinga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment