EPI atau Environmental Performance Index ialah skala untuk menilai prestasi sesebuah negara di dalam polisi alam sekitar. Universiti Yale dan Universiti Colombia mengeluarkan laporan EPI setiap tahun semasa Forum Ekonomi Dunia yang meliputi 163 negara . Berikut ialah 5 negara paling 'hijau' mengikut kajian mereka..
1. Iceland, 93.5
Iceland merupakan sebuah negara yang paling cantik dengan keindahan alam sekitarnya. Iceland menggunakan tenaga geothermal sebagai sumber tenaga elektrik. Tenaga elektrik di negara mereka dihasilkan 82% daripada tenaga geothermal manakala arang batu hanya digunakan sebanyak 18%.
2. Switzerland, 89.1
Swiss bekerja keras bagi membina komuniti hijau. Kerajaan mereka mengenakan bayaran bagi pelupusan sampah. Sesetengah bandar kecil di sana dilarang menggunakan kereta.
3. Costa Rica, 86.4
Kerajaan Costa Rica komited untuk mencontohi Iceland dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Matlamat mereka ialah menjadi negara bebas karbon pada tahun 2021. Negara ini mengalami masalah berikutan penebangan pokok secara meluas untuk sektor pertanian, namun usaha pemuliharaan giat dilakukan dengan lebih 5 juta pokok ditanam semula sejak lima tahun lepas.
4. Sweden, 86.0
Sweden dalam proses mengurangkan pergantungan kepada minyak untuk menghasilkan tenaga pada tahun 2020. Serbuk gergaji hasil dari pembalakan digunakan sebaiknya untuk menghasilkan tenaga haba. Mereka juga terkenal dengan produk-produk eco-friendly.
5. Norway, 81.1
Norway menerima tempias daripada pemanasan global kerana mereka berhampiran dengan kutub utara yang menyaksikan ais yang semakin cair. Kerajaan Norway berusaha keras bagi menangani masalah ini dengan bertekad untuk menjadikan negara mereka bebas karbon pada tahun 2030 walaupun mereka merupakan pengeksport minyak. Mereka merancang untuk menjadikan diesel lebih mahal dari bahan bakar eco dan akhirnya pengguna akan memilih bahan bakar eco.
No comments:
Post a Comment